Bersihkan Karpet Surau/Masjid Anda Tanpa Was-Was.
Kita semua tahu bahawa Kebersihan adalah sebahagian daripada Islam cuma sejauh manakah sebenarnya kebersihan karpet yang kita para jemaah sedang gunakan sekarang pada setiap masa, waktu dan ketika?
Karpet surau atau masjid akan kelihatan bersih secara mata kasar tetapi pada hakikat sebenarnya jauh ke dalam urat-urat dasar dalam karpet, ianya sangatlah kotor dan menjijikkan jika tidak dibersihkan secara berkala. Sudah tentu banyak hama, bakteria dan bermacam jenis ancaman halus tapi berbisa ini sedang beranak pinak dan membiak saban hari.
Karpet terdedah kepada banyak jenis kekotoran antaranya:
-
Kekotoran yang dibawa oleh para jemaah melalui tapak kaki yang tidak bersih & dicuci dengan betul.
-
Habuk & sampah halus yang dibawa oleh angin dari luar terutama bagi kawasan yang tidak ditutup.
-
Bakteria & kuman dari anggota badan serta bersin para jemaah setiap hari.
-
Najis yang dibawa oleh serangga dan binatang kecil seperti cicak, burung dan lain-lain.
Pembersihan karpet secara berjadual juga penting bagi memastikan keadaan karpet sentiasa bersih dan lebih tahan lama. Paling kurang mesti dibersihkan 3 hingga 4 kali setahun bergantung kepada jumlah jemaah dan kekerapan aktiviti di dalam surau atau masjid.
Karpet dirumah pun paling tidak setahun sekali kita akan cuci. apatah lagi karpet di surau atau masjid.
Kepakaran Kami Akan Membantu Anda Menikmati Suasana Yang Lebih Nyaman Dan Tenang.
Team kami sudah semestinya akan membersihkan karpet anda ke tahap yang lebih bersih, segar dan nyaman. Dengan mesin cuci dan bahan pencuci yang berkualiti tinggi, anda akan pasti berpuas hati dengan hasil yang akan dinikmati kelak.
Syampu karpet yang digunakan menepati kualiti yang diiktiraf serta disahkan Halal oleh JAKIM. Kini anda boleh duduk, baring dan solat di atas karpet dengan lebih yakin, selamat dan tenang.
Proses Cucian Karpet Yang Digunakan
1
Deep Clean Vacuum
Ini adalah langkah kritikal pertama yang wajib dilakukan supaya semua habuk dan bulu binatang yang terperangkap dibawah bulu-bulu karpet dapat diangkat ke atas permukaan untuk disedut dan bagi menjamin kebersihan sehingga ke dasar karpet.
2
Deep Clean Scrubbing
Dengan menggunakan mesin cuci jenis CRB yang berteknologi tinggi dari Itali dan syampu yang sesuai, Semua kekotoran pada bulu karpet akan dapat dicuci sehingga ke dasar. Semua bulu karpet akan menjadi lebih gebu dan bersih.
3
Deep Rinsing
4
Drying
Dengan menggunakan Air Blower, karpet akan lebih cepat kering dan boleh digunakan sepantas 2 jam.
Bilasan menggunakan mesin Puzzi 10/1 ini akan dapat menyedut air sehingga 90% kering supaya karpet anda akan dapat dikeringkan sepenuhnya dengan lebih cepat skali.
Mengapa Kami Menjadi Pilihan?
Kepuasan 100%
Jika terdapat bahagian karpet yang tidak memenuhi kehendak anda dalam 24jam selepas dicuci, kami akan segera datang semula untuk mencuci semula bahagian tersebut.
Mesin Teknologi Tinggi
Kebanyakan mesin kami adalah dari teknologi Eropah terutama dari German dan Italy. Ini bagi menjamin kualiti cucian karpet anda lebih bersih dan segar.
Terlatih Dan Diiktiraf
Kami menerima latihan teknikal dari PROCITC iaitu pusat latihan yang juga diiktiraf oleh HRDF.
Bahan Pencuci Berkualiti
Kami hanya menggunakan bahan pencuci yang berkualiti tinggi, mengikut spesifikasi mesin yang akan digunakan dan semestinya dijamin Halal oleh JAKIM.
Antara Karpet Masjid & Surau Yang Telah Kami Cuci
1. Masjid Jamiul Ehsan, Taman Setapak Indah Jaya
2. Masjid Salahuddin Al-Ayubbi, Taman Melati
3. Surau Al Hidayah, Putra Harmoni, Presint 9 Putrajaya
4. Surau Al Amin, Pangsapuri Kiambang, Taman Bukit Subang
5. Surau Al Amirin, Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi
6. Surau Al Aziz Pr1ma, Presint 11, Putrajaya
7. Surau Al Bayan, Banda Bukit Beruntung, Rawang
8. Surau Al Hidayah, Sri Petaling
9. Surau Al Husna, Taman Selasih
10. Surau At Taqwa, Sentul Utama
11. Surau Islamiah, Kg. Palimbayan, Sg. Penchala
12. Surau Jumaat Al Syakirin, Keramat Wangsa
13. Surau Saidina Ali, Taman Gombak Permai
Saya Berminat. Apa Yang Perlu Saya Buat?
Tahniah & Syabas kerana anda berminat menggunakan perkhidmatan kami. Anda boleh whatsapp kami untuk bertanya kaedah penyelesaian terbaik bagi membersihkan karpet anda.
Kami bersedia memberikan khidmat nasihat secara percuma.
Whatsapp kami segera untuk sebarang pertanyaan. Klik Ikon Whatsapp di atas.